Pastinya ramai ingat telatah pelakon veteran, Salleh Yaacob yang sentiasa menghiasi kaca televisyen dengan lawak santai.
Bukan sekadar berlakon malah Salleh Yaacob juga pernah menjadi pengacara dan penyampi radio di Sinar FM.
Terbaru Utusan melaporkan keadaan terkini pelakon tersebut, ketika disoal bila mahu kembali aktif dalam dunia seni, Salih hanya beri alasan.
“Keadaan industri tidak berubah. Macam itu juga. Kami orang lama macam tak berharga. Yang terlalu diangkat orang baru.
“Industri kita ini cukup berbeza dengan negara luar. Yang lama semakin ditolak tepi. Saya kasih dan rindu pada orang lama. Mereka yang menghidupkan jiwa saya semasa kanak-kanak.
“Kami artis lama pendapatan berapa sahaja. Makin dibayar rendah dan semakin dipandang tidak bernilai. Yang kaya pihak produksi, saya kecewa,” katanya seperti dipetik Utusan.
Tambahnya lagi bayaran perlu setimpal dengan pengalaman yang ada bukannya semakin lama semakin murah.
“Saya memang nak kembali. tetapi, biarlah bebaloi. Saya ada tanggungan, makan minum keluarga, sekolah anak.
“Itu amal jariah saya, Kalau saya dibantu, maka yang membantu itu menolong amal jariah saya,”jelasnya lagi.
“Bayaran Industri Biarlah Setimpal, Saya Ada Tanggungan Hendak Ditanggung..”, ujarnya.
Sebelum nama ditempa dalam industri seni, penghibur ini hanya mampu makan telur goreng dan sardin untuk teruskan kehidupan seharian.
Malah pelbagai kerja dilakukan demi mencapai impian termasuklah berkerja kilang walaupun hanya menerima bayaran RM5 sehari.
Pengalaman Salleh Yaacob menunjukkan tidak ada kejayaan yang datang bergolek, perlu ada usaha untuk menggapai impian sendiri.