“Tiap hari makan telur kicap dan sardin”, tak sangka ini yang berlaku pada Salih Yakob sekarang

Siapa yang tidak mengenali Salih Yaakob? Pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio yang pernah menghiasi kaca televisyen pada zaman 1980an dahulu.

Salih Yaacob juga pernah menjadi penyampai radio di Sinar FM pada suatu ketika dahulu.

Sebelum ini Utusan melaporkan keadaan pelawak tersebut adakah masih mahu kembali aktif dalam dunia hiburan, namun Salih hanya memberi alasan.

“Keadaan industri tidak berubah. Macam itu juga. Kami orang lama macam tak berharga. Yang terlalu diangkat orang baru.

“Industri kita ini cukup berbeza dengan negara luar. Yang lama semakin ditolak tepi. Saya kasih dan rindu pada orang lama. Mereka yang menghidupkan jiwa saya semasa kanak-kanak.

“Kami artis lama pendapatan berapa sahaja. Makin dibayar rendah dan semakin dipandang tidak bernilai. Yang kaya pihak produksi, saya kecewa,” katanya seperti dipetik Utusan.

Bayaran juga haruslah berpatutan seiring dengan kelayakan seorang artis itu bukannya makin lama makin murah katanya.

“Saya memang nak kembali. tetapi, biarlah bebaloi. Saya ada tanggungan, makan minum keluarga, sekolah anak.

“Itu amal jariah saya, Kalau saya dibantu, maka yang membantu itu menolong amal jariah saya,”jelasnya lagi.

“Bayaran Industri Biarlah Setimpal, Saya Ada Tanggungan Hendak Ditanggung..”, ujarnya.

Sebelum berjaya dalam dunia seni, Salih Yaacob pernah bekerja kilang dan hanya dibayar dengan gaji RM5 sehari.

Pengalamannya di dalam dunia seni mengajar beliau bahawa tiada kejayaan tanpa usaha yang berterusan.

Baca juga: Hebat! Ini asal usul lima logo jenama terkenal di dunia