Maksud sihir ialah ikatan-ikatan, jampi-jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannnya.
Jika mengamalkan sihir, pelaku melakukan dosa besar dalam islam kerana menyekutukan Allah dan bergantung kepada syaitan yang dilaknat.
Wanita ini mendakwa suaminya melakukan perkara yang tidak elok kepadanya semata-mata hanya kerana wang walaupun dia berjawatan besar di syarikatnya.
Saya ‘dikawal’ sejak masih menuntut lagi. Lagi pun ketika itu saya masih muda, awal 20-an yang memang tak tahu pencak silat orang ‘berilmu’. Hingga kini sudah 16 tahun saya disiksa dan tersiksa. Pend3ritaan saya tersangkut dengan manusia ‘pendamping’ ini bermula pada semester akhir pengajian IPT di Utara semenanjung.
Semuanya bermula apabila saya bertemu si kaunselor untuk berbincang masa depan saya, tentang peluang sambung belajar atau kerjaya selepas graduasi. Pertemuan pertama membawa kami berjumpa lebih kerap lagi atas nasihat kaunselor tersebut.
Katanya, supaya dia boleh memberi pandangan lebih jelas tentang apa yang terbaik untuk saya. Entah kenapa kepercayaan saya kepadanya mengatasi nasihat kawan lain. Pada saya kaunselor yang terbaik, saya namakan dia Khairul.
Bermula dengan meminta nasihat, akhirnya saya terjebak mendampingi dia lebih kerap lagi. Waktu itu apa sahaja katanya semua saya anggap terbaik. Persahabatan berterusan hinggalah saya bekerja dengan sebuah bank. Ketika itu hubungan kami bagaikan pasangan kekasih. Tahun demi tahun hubungan kami sem4kin erat hingga merunsingkan keluarga apabila saya menolak banyak lamaran yang datang. Lamaran bukan dari orang biasa – biasa tetapi sudah berjawatan dan mempunyai pekerjaan yang baik. Alasan saya tolak konon belum bersedia berumahtangga.
Sebenarnya saya harap Khairul yang datang meminang. Tetapi terhalang kerana Khairul sudah berkahwin. Entah kenapa kalau dulu saya tak suka suami orang, tetapi dengan Khairul hati saya sudah tersangkut. Memang saya berusaha melepaskan diri, jauhkan diri darinya, tak jawab telefon, tetapi gagal. Dia tetap kejar saya.
Keluarga hairan kenapa saya tolak banyak pinangan. Saya pun hairan, saya berusaha jauhi Khairul, tetapi gagal. Setiap kali berjumpa Khairul, saya sem4kin ikut segala katanya hinggalah hubungan kami menjangkau enam tahun. Dah susah nak lari.
Saya sedar saya sering tak sihat, termenung dan kenapa saya ikut kehendak Khairul. Saya cuba larikan diri tetapi gagal. Bila Khairul panggil saya terp4ksa datang. Akhirnya saya hidup di bawah perintah Khairul. Di panggil datang, di perintah mesti ikut, waktu itu duit ringgit saya jadi miliknya terutama kalau dia minta untuk dia pergi seminar ke luar negara dan dia perlukan duit dari saya.
Hubungan kami ada kalanya macam kekasih, tetapi lebih mengikut perintah, saya cuba larikan diri tetapi gagal. Akhirnya mungkin kerana hubungan kami disedari keluarganya, Khairul mula jauhkan diri. Saya fikir selamat dan saya mohon bertukar tempat kerja jauh ke KL.
Saya fikir putuslah hubungan kami, tetapi Khairul lagi suka. Dia boleh datang jumpa tanpa rasa takut dan bimbang terlihat keluarga. Nak dijadikan cerita tak sampai tiga bulan di Kuala Lumpur, Khairul ajak saya nikah ke Siam. Punyalah bodoh saya setuju.
Keluarga memang merasa amat kesal, tetapi takkan nak buang anak. Saya tetap diterima walaupun dalam kekesalan. Saya fikir selepas nikah tentu suami beri nafkah, tetapi saya terp4ksa tanggung diri sendiri. Baru saya terasa susah dan sunyinya hidup bermadu sebab ditinggalkan sendirian.
Khairul datang dua minggu atau sebulan sekali. Hidup sem4kin sempit sebab terp4ksa bayar sewa rumah, utiliti dan sebagainya. Khairul pula kalau datang nak makan sedap sedap di restoran terkenal. Saya kena bayar.
Memang hidup di KL ketika itu aman, tak takut keluarga Khairul datang, maklumlah berkahwin dengan suami orang. Tetapi poket saya tidak aman. Kering. Peliknya saya tak berani minta duit dari Khairul. Saya takutkan dia.
Duit saya selalu habis sebab Khairul minta. Ini buat hidup saya mend3rita, selalu s4kit, termenung dan keresahan. Nak dijadikan cerita, walaupun sering s4kit dan resah tetapi kerana subur, tak sampai setahun bernikah, saya mengandung. Aduh! Memang parah.
Semua saya terp4ksa buat sendiri, jumpa doktor, buat rawatan dan s4kit munt4h terp4ksa tanggung sendiri. Kerana selalu s4kit alahan mengandung, akhirnya saya minta tukar balik ke utara. Dan berjaya sebab bos hairan dengan kesihatan saya.
Alhamdulillah saya selamat bersalin di utara dengan bantuan keluarga. Khairul memang tak datang, azankan anak pun tidak. Dia hanya datang kalau nak minta duit saya. Peliknya kalau belakang Khairul saya memang ‘angin’ sebab tak dapat nafkah, tetapi bila berdepan Khairul, saya tak berani bantah apa lagi minta nafkah anak atau bil hospital, semuanya kena tanggung sendiri.
Satu malam ketika di hospital, Khairul datang bersama isterinya. Dan isterinya meng4muk sakan di hospital. Malam itu juga isterinya p4ksa dia balik ke Kedah kerana dia marah Khairul dah kahwin dan ada anak. Kerana takutkan isteri, Khairul langsung tak datang untuk beberapa bulan.
Saya dapat tahu untuk mengelakkan Khairul rindukan anak saya, isterinya terus cari dan ambil anak angkat supaya Khairul boleh melupakan anak saya. Dan memang jelas isterinya ‘control’ duit ringgitnya, langsung menidakkan hak anak saya yang sah.
Dia tak boleh kata anak tak sah taraf sebab lepas nikah di Siam saya daftarkan penikahan di negeri ini. Itu yang membuat isteri Khairul kawal pergerakannya. Ketika anak berusia dua tahun, saya tuntut nafkah anak di mahkamah PP.
Saya berjaya dapat nafkah anak atas perintah mahkamah kerana Khairul malu kalau tak bayar nafkah sebab dia berjawatan tinggi. Pengarah oii… Tetapi selama setahun sahaja. Selepas itu dia terus tak bayar. Mungkin kena sekatan isterinya.
Saya tuntut lagi tetapi gagal. Kehidupan saya ketika itu memang teruk, selain tanggung makan minum anak, saya terpaksa bayar hutang yang saya buat untuk beri pada Khairul ketika dia hendak berseminar ke luar negara.
Bagi melangsaikan hutang dan perbelanjaan hidup, kawan yang faham masalah saya cadangkan buat bisnes. Dengan berani saya ambil tender kantin. Tunggang terbalik saya terp4ksa buat dua kerja dalam satu masa. Yang teruknya terp4ksa bangun pagi ke pasar beli keperluan untuk kantin. Semua saya buat sendiri.
S4kitnya perniagaan tak berjalan lancar, maklumlah bila duit ringgit diuruskan oleh orang. Bukan tak percaya tetapi terp4ksa terima hakik4t wang boleh gelapkan mata. Selain itu, kantin saya diganggu oleh penyewa lama yang bermasalah.
Akhirnya saya terpaksa mengaku kalah dan terp4ksa serahkan tender kantin kepada tuannya. Makna kata, saya terp4ksa kembali ik4t perut untuk besarkan anak selain terp4ksa membayar hutang bank dan dari saud4ra mara.
Kepayahan hidup membuat saya selalu tak sihat dan s4kit. Tetapi Khairul tambah pend3ritaan saya terus meminta duit untuk dia berseminar keluar negara. Peliknya saya tak berani tolak, walaupun saya susah. Saya jadi macam orang bodoh cari duit, pinjam mana yang dapat untuk Khairul, sedangkan Khairul tak pernah bagi nafkah.
Khairul sering berseminar ke Australia, Korea, Jepun, Kanada, Thailand, Indonesaia AS,
London dan banyak lagi. Selalunya dia minta antara RM4k hingga RM5k. Saya terp4ksa
sediakan. Bila balik dia tak pernah beli sebiji hadiah untuk saya kecuali untuk anak – anak
dan isterinya sahaja.
Oleh keadaan hidup saya terdesak dan susah, seorang kawan melihat kelainan hidup saya. Katanya, saya s4kit, selalu tak sihat tetapi mengapa tak berubat, dia nasihatkan saya jumpa ustaz yang mungkin boleh ubatkan saya.
Kerana ketika itu keadaan saya macam orang tak keruan dan tak terurus. Amat meng3jutkan, saya diberitahu hidup saya di bawah kawalan orang. Katanya bukan melalui makanan atau angin tetapi dengan asap rokok. Pelik.
Tetapi baru saya sedar setiap kali berjumpa dan makan, Khairul mesti merokok dan hembuskan rokoknya kepada saya dan ke atas makanan saya. Sebab itu agaknya bila berdepan Khairul saya ikut apa sahaja permintaannya.
Selepas beberapa bulan berubat baru saya jadi berani, tersedar diri dan tidak mahu tunduk dengan kehendak Khairul. Ketika itu baru saya berani buat tuntutan nafkah dan fasakh. Tetapi Khairul tetap tak mahu ceraikan saya.
Dia datang nak jumpa, saya larikan diri sebab saya takut terkena lagi. Ketika itu baru saya ada keberanian menentangnya, tapi tak berani bertentang mata. Enam tahun saya dig4ntung tak bertali, akhirnya awal tahun lepas saya dicerai dengan syarat saya tidak boleh tuntut mutaah dan harta sepencarian.
Sebab dia takut saya tuntut dua buah rumahnya termasuk banglo mewah dan saya tak boleh tuntut duit dia sepanjang perkahwinan kami. Sebab dia banyak duit lepas bersara. Saya bersabar dan setuju asalkan dapat cerai.
Sebab saya mahu terlepas dari hidup bawah kawalannya yang buat saya takut dan ikut setiap kehendaknya. Tetapi saya akan tuntut juga nanti terutama hutang yang dia p4ksa saya buat untuk dia berseminar.
Baca juga: “Dah la suami tak izinkan aku kerja, gaji suami RM6K tapi nafkah aku cuma RM10 je dia mampu bagi..”