Achey melahirkan rasa syukur anak perempuannya Tiara telah berjaya menjual 3,000 pek gula-gula atau ‘candy’ dalam masa satu jam.
Pelawak, Achey memaklumkan jualan ‘gelombang kedua’ Tiara Candy semakin mendapat sambutan hangat daripada orang ramai apabila sejumlah 3,000 pek gula-gula sold out dalam tempoh satu jam sahaja.
Dia dalam satu muat naik video di TikTok, Achey meluahkan rasa syukur hasil penjualan itu menerusi cetusan idea anak perempuannya, Nur Tiara Zinnirah.
Jelas Achey, hasil jualan tersebut berjaya mengatasi jumlah pada malam pertama jualan dengan sejumlah 3,000 pek terjual dalam masa dua jam.
“Assalamualaikum, hi, alhamdulillah Tiara Candy. So selepas 3,000 yang kita post telah pun selamat pada malam pertama. Dan yang malam kedua, 3,000 lagi dalam masa satu jam.
“Tiara Candy sangat menggila,” katanya.
Dalam klip berdurasi 1 minit 53 saat itu, dia bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun berjalan dengan menunjukkan resit penjualan Tiara Candy.
“Alhamdulillah… rezeki dia… pishang nak modal dulu ni nak. Takpe janji awak happy… ayah dan mama hanya menumpang,” tulisnya di platform tersebut.
Tambah Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, dia mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang sentiasa memberikan sokongan terhadap Tiara Candy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa syukur terhadap rezeki yang diperolehi daripada hasil jualan tersebut.
Lebih-lebih lagi, sebahagian mereka juga menjelaskan tidak sempat untuk membeli pek gula-gula tersebut dan berhasrat untuk membeli pada jualan seterusnya.
Untuk makluman, video ini mendapat lebih 1.1 juta tontonan dengan lebih 129,000 tanda ‘Suka’ dan lebih 1,000 komen daripada warganet.
Sebelum ini, Achey dan isterinya Nor Hasanah Yahaya atau Anne tidak dapat menahan sebak dan menitipkan rasa syukur sewaktu membuat siaran langsung penjualan di TikTok Live.
Tambahnya, setiap pek yang dijual mereka hanya mengambil keuntungan RM1 lebih sahaja.
Baca juga: Mula-mula main game hanya untuk suka-suka, siapa sangka lelaki ini berjaya raih RM600,000