Seorang lelaki tular ketika membeli kenderaan menggunakan hanya duit syiling di Beijing, China.
Lelaki itu dari Zhoukou di wilayah Henan, ingin membeli kereta yang berharga 51,000 yuan (kira-kira RM33,163) untuk kegunaan anaknya.
Chen, kakitangan premis kenderaan itu memberitahu lelaki itu bekerja di dalam bidang perusahaan tepung.
Chen juga terpaksa meminta 20 kakitangan yang lain untuk mengira duit syiling yang diberikan disebabkan jumlahnya yang terlalu banyak dan mengambil masa lebih kurang tiga jam.
Dia juga mengakui ini adalah pertama kali melalui pengalaman sedemikian.
“Kedai ini sangat bagus. Mereka sanggup mengiranya. Saya tidak mahu,” komen seorang netizen.
“Bank ada mesin yang boleh mengira duit syiling. Lebih senang,” tulis seorang lagi netizen.
“Selepas mengira duit syiling, mereka pergi ke bank untuk menyimpan. Kakitangan bank harus mengiranya semula,” tulis netizen lain.
Baca juga: ‘Geng RXZ’ rayu pemilik hotel benar bawa motor masuk bilik, “Masuk lobi pun jadilah kak”