Tiba-tiba sahaja Tesla batal bina kilang di Malaysia, ini punca sebenar rupanya

Selepas khabar berita gembira mengumumkan bakal membuka kilang di Malaysia, syarikat pengeluar EV dunia Tesla dilaporkan tidak akan meneruskan keputusan itu semalam.

Memetik laporan daripada akhbar Thailand, The Nation, menurut sumber kerajaan Thailand syarikat itu bakal menumpukan sepenuhnya kepada pengukuhan ekosistem stesen pengecasan.

Tesla sebelum ini membuat keputusan untuk melaburkan AS$5 bilion untuk mendirikan hab pembuatan kenderaan EV dan memilih Thailand sebagai lokasi pilihan.

“Tesla pada masa ini hanya membincangkan stesen pengecasan, dengan rancangan kilang itu digantung bukan sahaja di Thailand tetapi di seluruh dunia.

“Mereka tidak meneruskan di Malaysia, Indonesia atau di mana sahaja kecuali di China, Amerika dan Jerman,” kata sumber itu.

Sebelum ini, Tesla bercadang membuka kilang di negara itu namun dibatalkan kerana telah membubarkan pasukan eksekutifnya.

Tesla turut membuka kilang di Mexico namun pembinaannya menghadapi pelbagai masalah selain beberapa pembekal telah mula memerlahankan rancangan mereka disebabkan tarif yang bakal dikenakan kepada kenderaan yang dibina di Mexico.

Baca juga: Ingatkan gah! Ini realiti sebenar perkampungan Olimpik Paris 2024, siap dilabel kedekut lagi