Tidak bersolidariti terhadap Palestin, pengikut akaun TikTok Syamimia ‘drop’ teruk!

Kontroversi yang melanda seorang pempengaruh media sosial Syamimia yang tidak menjelaskan pendiriannya tentang nasib yang menimpa rakyat di Palestin sekarang.

Baru-baru ini beliau dia juga ada memberikan sebab dan penjelasan kenapa tidak membuat sebarang perkongsian dan menyebarkan kesedaran mengenai hal ini.

Mengapa dia tidak membuat sebarang perkongsian atau bersolidariti dengan nasib yang menimpa beratus-rtaus rakyat di Palestin yang telah dibom oleh zionis Israel.

Oleh sebab itu, pempengaruh, Syamimia didakwa sudah kehilangan lebih daripada 100K jumlah pengikut akibat perkara itu.

Perkara itu diperhatikan oleh netizen menerusi platform media sosial X.

Menurut warganet, ia berlaku berikutan ‘penangan’ yang diberikan oleh rakyat Malaysia jika seseorang pempengaruh itu cuba memberikan sebarang kenyataan yang tidak masuk akal berkenaan isu Palestin.

@normemey

Saje lah tgk sbb org cakap xde apa2 yg terkesan pun pada dia..tengok2 dropp🥹🥹🥹#syamimia

♬ Atouna El Toufoule – Embun Senja

Dalam masa yang sama, netizen menyangkakan bahawa jumlah pengikutnya berkurangan berpunca daripada kenyataan yang dikongsikan menerusi IG Story miliknya sebelum ini.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian di IG Story milik Syamimia, dia kini sedang aktif membuat perkongsian berkenaan dengan Palestin.

Baca juga: Influencer terkenal akhirnya mengaku Peti Ais kayangan jenama SMEG di rumahnya palsu