Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia74 tahun.
Raja Petra adalah seorang penulis blog Malaysia Today yang banyak menulis tentang kontroversi di Malaysia.
Antaranya adalah:
- 2006 – Apabila dia menyiarkan artikel menuduh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia sebagai penciplak, sampai dikenakan saman fitnah RM4 juta.
- 2008 – Di mana dia menuduh isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor, berada di tempat pembunuhan Altantuya. Akibatnya dia dipenjarakan bawah Akta Hasutan dan kemudian, melarikan diri ke London.
- 2017 – Tahun lepas, pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown buat laporan polis sebab Raja Petra tuduh dia dapat duit untuk buat berita palsu tentang 1MDB.
- 2017 – Yang terkini, Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali buat laporan polis sebab Raja Petra dakwa dia pernah dirasuah masa menjadi hakim. #donedakwa
Raja Petra dikatakan menaikkan kerjayanya sendiri melalui perusahaan motor terkemuka Malaysia, namun dia turut mengakui ia berjaya adalah hasilnya yang merasuah pihak tertentu.
“Saya terlibat dengan rasuah sebab masa tu, memang tak boleh dapat kontrak besar daripada kerajaan kalau tak bayar. Syarikat saya memperolehi lebih kurang RM100 juta selama 20 tahun, tapi ianya semua duit ‘haram’.” – Raja Petra, dalam temu bual bersama Malaysia Outlook.
Banyak lagi kisahnya yang tersimpan rapi dek kerana kontroversi yang melanda hingga Allahyarham melarikan diri ke London. Moga rohnya dicucuri rahmat.
Al fatihah.
Baca juga: Ira Kazar kini jadi ‘penasihat’ kecantikan tak berbayar, rajin layan peminat di laman sosial