Waran tangkap dikeluarkan terhadap wanita selepas gagal hadir dua kali ke perbicaraan mahkamah atas kesalahan penyebaran maklumat palsu berkaitan dua kematian pelajar disebabkan suntikan vaksin COVID-19.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid, berkata waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Liyana Razali, beralamat terakhir di No 2, Jalan Sri Mersing 30, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.
Liyana gagal hadirkan diri sebanyak dua kali pada tarikh 21 Januari 2022 dan tarikh baru yang ditetapkan mahkamah pada 10 Februari lalu.
“Pelbagai usaha sudah dilakukan polis bagi mengesan penama ini untuk hadir ke mahkamah. namun dia gagal dijumpai dan dihubungi.
“Polis mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam untuk mengesan penama ini bagi tindakan selanjutnya.
“Tuduhan dibuat kerana tindakan wanita itu menyebabkan ketakutan kepada orang awam,”katanya.
Memetik Berita Harian, siasatan yang dijalankan mendapati kenyataan yang dikeluarkan oleh penama terbabit berkenaan kematian dua murid disebabkan vaksinasi COVID-19 pada 28 September tahun lepas adalah tidak benar.
Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Putrajaya dan arahan dikeluarkan supaya wanita itu dituduh mengikut seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.
Tahun lalu, tular klip video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan seorang wanita bercakap kepada sekumpulan individu sebagai tanda solidariti untuk menuntut hak pelajar sekolah agar tidak diwajibkan mengambil vaksin COVID-19.
Dalam ucapan tersebut, wanita itu mendakwa dua kes kematian melibatkan pelajar SMK Tasek Damai, Ipoh adalah disebabkan vaksin.
Dia turut menambah bahwa dua pelajar di lokais berlainan, termasuk di Lahad Datu dan dua remaja di Ipoh mengalami alahan serius selepas divaksin.
Baca Juga: https://themalaysialife.com/habis-musnah-sekelip-mata-lebih-700-rumah-di-tawau-terbakar/
Baca Juga: https://malaysiadateline.com/kenapa-bandar-kamagasaki-tidak-wujud-dalam-peta-jepun-ini-kisahnya/