Tidak lagi menyanyi dangdut lepas bertudung, Cita Citata ubah genre muzik

Penyanyi lagu ‘Sakitnya tuh disini’ mahu mengubah genre muzik kepada pop bersesuaian dengan imejnya yang sudah bertudung. Bagi Cita Citata dia memakai tudung bukanlah disebabkan paksaan tapi sudah tiba masa.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Cita dilihat mula berkongsi gambar dia memakai tudung sejak minggu lalu dan mendapat pujian ramai peminat.

Percintannya dengan ahli politik Indonesia, Didi Mahardika menguatkan lagi hasrat untuk bertudung dan berubah ke arah kebaikan.

“Memakai tudung adalah keinginan saya sejak dulu tanpa ada paksaan oleh sesiapa pun.

“Mungkin ada kaitan dengan pasangan saya, namun dia tidak pernah minta untuk saya pakai tudung.

Cita juga memilih untuk tidak lagi menyanyi dangdut walaupun dangdut sudah sebati dengan dirinya. Dia kini lebih selesa menerima tawaran untuk menyanyikan lagu bergenre pop.

“Sekarang tidak lagi menyanyi dangdut. Dari awal tahun lalu sudah melancarkan lagu genre pop. Saya tidak lagi ambil tawaran kerja menyanyi lagu dangdut.

“Sudah lama saya menjadi penyanyi dangdut, biarlah ia menjadi sebahagian daripada hidup saya. Saya juga mahu kembangkan kualiti dalam muzik,” katanya seperti yang dipetik dari Detik.

Baca Juga: 3 tahun menganut agama Islam, Marcella buat keputusan untuk murtad

Baca Juga: Masa sakit bertudung rayu doa ramai, dah sihat siap kata ‘baik buruk saya tanggung’-Elyana dihambur netizen