Tidak mahu insiden ‘melompat’ lagi, Bersatu tuntut ahli tandatangani akujanji setia pada parti

Lima wakil rakyat, termasuk seorang ahli parlimen Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dikatakan sudah menandatangani surat yang menyatakan tidak akan menyokong parti gabungan Pakatan Harapan(PH) hari ini.

Majlis tersebut turut dihadiri serta diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris.

Antara yang turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Kijal.

Turut menandatangani surat itu adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid serta Adun Seberang Takir, Khazan Che Mat, Mohd Yusop Majid (Permaisuri) dan Mohd Husaimi Hussin (Hulu Besut).

Majlis penandatanganan surat akujanji sokongan penuh kepada parti itu disaksikan oleh Khazan, yang juga merupakan Setiausaha Bersatu negeri.

Razali turut menggalas jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu mengatakan, kesemua ahli parlimen, Adun dan Ahli Dewan Negara akan diberi masa hingga 14 hari bagi menandatangani surat akujanji tersebut.

“Setiap wakil rakyat parti juga perlu mengetahui bahawa kepimpinan Bersatu membuat ketetapan tidak menyokong atau menyertai kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bersatu juga membuat ketetapan tidak menyokong Menteri Besar dan Ketua Menteri, atau menyertai kerajaan negeri yang tidak dipersetujui parti,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Badan Pimpinan negeri, di sini.

Razali, yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, menyatakan bahawa surat akujanji tersebut dikeluarkan dan perlu ditandatangani oleh semua wakil rakyat parti untuk mematuhi perlembagaan serta mengelakkan hukuman di bawah Akta Lompat Parti.

Baca juga: Bertahun tidur asing dengan isteri, Ustaz Kazim Elias nafi tolak perubatan moden