‘Tidak. Saya tidak hantar mesej ‘selamat pagi’ tiap hari, tapi dia sanggup jawab call saya 3 pagi’ itulah persahabatan antara raja dan ratu bollywood, Kajol dan Shah Rukh Khan.
Mereka dikatakan antara selebriti yang mempunyai hubungan persahabatan yang sangat baik bahkan gandingan kedua-dua pasangan ini seringkali dimainkan.
Di Bollywood dan nama mereka semakin dikenali selepas kejayaan beberapa filem sebagai pasangan bersama.
Menurut Intepseleb, isteri Ajay Devgan mendedahkan bahawa Shah Rukh Khan adalah kawan baik, malah dia juga turut mengakui Raja Bollywood itu sentiasa mengangkat telefonnya walaupun di awal pagi misalnya jam 3 pagi.
Seorang kawan yang sangat baik. Saya tahu sebenarnya jika saya perlu menghubunginya pada pukul 3 pagi, dia akan menjawab pangilan telefon saya.
Bagaimanapun, pelakon filem The Trial itu mengakui walaupun dia mengetahui bahawa Shah Rukh Khan akan menjawab panggilannya, tetapi dia tidak pernah beria dan sentiasa menghubungi atau memberi mesej kepada Shah Rukh Khan.
Tidak, saya tidak menghantar mesej kepadanya setiap hari ‘Selamat pagi’ dan menghantar gambar bunga kepadanya.
Saya rasa dia akan menikam saya dengan garpu jika saya cuba melakukan sedemikian.
Menurut Intepseleb, Kajol turut mendedahkan kepada umum bahawa Shah Rukh Khan merupakan selebriti di India yang akan menghafal kesemua dialog sebelum melakonkan watak yang diberikan.
Apa yang saya tidak suka dan juga paling menarik tentang dia, apabila dia datang ke set, dia tahu semua baris semua orang di set.
Tidak kira jika kita melakukan adegan tiga muka surat, dia akan menghafal ketiga-tiganya. Dia tahu dialog saya, dialognya, dan juga dialog orang ketiga.
Kata Kajol, kebiasaanya Shah Rukh Khan akan datang ke set dengan menghafal semua dialog yang diberikan.
Meskipun dialog tersebut hanyalah untuk tiga muka surat sahaja, dia akan menghafal kesemuanya termasuklah dialog Kajol sendiri.
Baca juga: Harga yong tau foo di Mall ‘hava-have’ RM94 untuk 2 mangkuk, wanita ini terkedu makan sampai licin