Tidak suka berkongsi, Zara tak mahu hidup bermadu. Pelakon Zara Zya, 37, tidak sanggup berkongsi kasih apatah lagi berpoligami apabila bergelar isteri suatu hari nanti.
Menurut Harian Metro, Zara bukan menolak, sebaliknya dia tidak kuat untuk menjalani perkahwinan di mana dia tahu perlu berkongsi kasih dengan orang lain.
“Saya tak boleh. Saya bukan orang yang boleh berkongsi. Mungkin masa indah, kita kata boleh, tapi masa tak indah, macamana pula kan? Jadi, saya tidak sekuat itu.
“Ada yang saya kenal orang terdekat berpoligami. Tapi, macamana kehidupan mereka? Saya tak tahu. Tak tahu sama ada indah atau tak.
“Tapi, kalau kita tak berpoligami pun, ada juga pasang surut hubungan. Kalau kita tak kuat, macamana kita nak hidup dengan keadaan kita berkongsi kasih?” katanya.
Hormati individu yang pilih hidup berpoligami
Bagaimanapun, Zara hormat terhadap individu yang memilih berpoligami.
Menurutnya, orang yang hidup berkongsi kasih ini memang kuat mental dan fizikal terutama soal emosi.
“Kita manusia, kalau tak pilih berpoligami pun tetap ada masalah. Masa bercinta pun tetap ada yang curang.
“Tak semestinya orang yang pilih berpoligami ini salah. Mungkin mereka ada sebab tertentu, kalau dia mampu, teruskan.
“Mampu bukan dari segi harta, tapi segala aspek. Persediaan mental, hati, wang, semualah,” katanya.
Baca Juga: Dapat duit berpuluh ribu pound tapi bayar denda RM26, wanita kantoi tipu hidap kanser ovari
Baca Juga: Kelantan enggan bina pawagam dilihat satu langkah regresif dan mundur