Tidak tahan suami hanya pakai seluar dalam di rumah, isteri tuntut cerai

Seorang wanita di Kaherah, Mesir membuat keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya kerana sudah tidak tahan lagi melihat suaminya itu suka berjalan-jalan di dalam rumah dengan memakai seluar dalam sahaja.

Menerusi laporan Gulf News, si isteri pernah meminta suaminya itu untuk menghormati serta memahami perasaannya yang kurang senang terhadap sikap si suami yang suka memakai seluar dalam ketika di dalam rumah.

“Saya pernah beritahu kepada suami bahawa saya memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dan menghilangkan rasa malu tetapi ia tidak berhasil.”

Walau bagaimanapun, suaminya memyatakan bahawa dia lebih selesai memakai sedikit pakaian kerana berada di dalam rumahnya sendiri.

Lebih mengejutkan lagi apabila mereka baru sahaja mendirikan rumah tangga selama dua bulan. Dalam pada itu, pasangan tersebut membuat keputusan untuk memberi ruang antara satu sama lain untuk berfikir sama ada mahu bercerai atau tidak.

“Saya balik ke rumah keluarga saya dan tunggu dia untuk menelefon saya dan bertanya khabar tapi dia tak pernah telefon.”

Susulan daripada itu, sikap suaminya yang seperti tidak acuh itu menyebabkan si isteri nekad untuk memfalkan kes penceraian di mahkamah keluarga dan kini kes mereka masih dalam proses pengadilan.

sumber : https://ohbulan.com/tak-tahan-suami-asyik-pakai-seluar-dalam-di-rumah-isteri-failkan-penceraian