Lagu ‘Tidurlah Wahai Permaisuri’ merupakan hadiah P. Ramlee buat seniwati Noorizan Mohd Noor iaitu seorang bekas seorang permaisuri kepada Sultan Perak ke-32.
DYMM Sultan Yussuff Izzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (Sultan Perak Ke-35) dan ayahanda kepada Sultan Azlan Muhhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah (Sultan Perak Ke-34) sebagai isteri kedua pada sekitar tahun 1954 ketika berusia 27 tahun.
Noorizan binti Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Noorizan, merupakan seorang pelakon filem di tanah melayu dan beliau juga merupakan bekas isteri kepada P Ramlee.
Pada tahun 1955, Noorizan diberikan gelara Yang Teramat Mulia Permaisuri oleh suaminya itu. Almarhum telah mangkat pada tahun 1963 di Istana Iskandariah ketika berusia 72 tahun.
Sebentuk cincin biru yang kini masih tersimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Almarhum Sultan Yussuff kepada Noorizan.
Kehadiran P. Ramlee Mengubah Hidup Noorizan
Pada tahun 1955, seniman P Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh telah membuat persembahan di Perak atas titah Almarhum Tuanku.
Almarhum Tuanku ada berpesan kepada Permaisuri Noorizan agar tidak memandang tepat kepada mata P Ramlee kerana Almarhum Tuanku mengetahui seseorang wanita akan jatuh cinta jika menatap mata P Ramlee.
Rumor itu tersebar dan mengatakan Permaisuri Noorizan telah terkena panahan mata P Ramlee lalu jatuh cinta kepada seniman muda itu.
Malah pada waktu itu, Noorizan dan P Ramlee hanya berhubung melalui telefon dan diketahui Almarhum Tuanku kerana bil telefon Istana melambung tinggi.
Almarhum Sultan Yussuff telah memutuskan untuk menceraikan Noorizan dan mengarahkannya untuk keluar dari Istana. Noorizan keluar dari Istana Perak sebagai seorang bekas isteri seorang Sultan dan hidup bersama P Ramlee.
Noorizan dan P Ramlee berkahwin pada 6 Februari Tahun 1955 ketika itu Noorizan berumur 28 tahun dan P. Ramlee berumur 26 tahun.
Rumahtangga mereka berdua bahagia pada awal perkahwinan. Namun, Noorizan terasa disisihkan apabila P Ramlee mula melonjak naik dalam kariernya.
Noorizan merasa terpinggir dan dalam masa yang sama muncul seorang biduanita muda yang bernama Saloma dalam kamus hidup P Ramlee.
Perkahwinan mereka hanya bertahan 6 tahun sahaja. Pasangan ini bercerai pada tahun 1963.
P. Ramlee telah menghasilkan sebuah lagu khas untuk Noorizan sewaktu mereka masih bersama. Lagu “Tidurlah Wahai Permaisuri” merupakan hadiah buat seniwati Noorizan.
Seniwari Noorizan juga pernah berlakon sebagai Permaisuri di dalam filem Laksamana Do Re Mi pada tahun 1973 di bawah arahan bekas suaminya P Ramlee.
Seniman P. Ramlee juga telah mengubah sebuah lagu yang liriknya ditulis oleh pengarah Jamil Sulong berjudul “Berkorban Apa Saja” yang dituju khas untuk Noorizan kerana sanggup meninggalkan Istana dan segala kemewahan demi sebuah percintaan.
Penceraian Dengan P. Ramlee Menjadi Sebuah Duka
Rumah tangga mereka pada awalnya tampak bahagia namun ikatan yang penuh warna-warni kehidupan tanpa dikurnai zuriat kecuali seorang anak tirinya Nasir P Ramlee, maka berakhir juga dengan talak satu pada 16 Oktober 1961.
Noorizan dan bekas suaminya P. Ramlee tetap menjalinkan hubungan yang baik dan saling hormat menghormati satu sama lain. Noorizan pulang ke Kuala Lumpur seorang diri dengan menginapi sebuah hotel di ibukota untuk memulakan kehidupan yang baru.
Pada tahun 1972, P. Ramlee mengembalikan semula gelaran Permaisuri kepada Noorizan melalui filem Laksamana Do Re mi dengan memegang watak sebagai Permaisuri Kerajaan Pasir Dua Sebutir.
Noorizan yang sekarang hidup berbahagia dengan suaminya, adalah satu-satunya wanita yang telah menggemparkan masyarakat, dari Permaisuri Sultan, Norizan telah jatuh cinta pandang pertama dengan P. Ramlee.
Noorizan masih ingat lagi, rumahtangganya mulai bergoncang ketika P. Ramlee sedang dalam pembikinan filem “Ibu Mertua Ku”, rumahtangga mereka sekejap aman sekejap berantakan, dan dalam suasana beginilah P. Ramlee telah mencipta tiga lagu – “Jeritan Bathinku”, “Jangan Tinggal Daku” dan “Di Manakan Ku Cari Ganti”.
“Suasana rumahtangga yang berantakan ini banyak mencetuskan ilham P. Ramlee mencipta lagu.
Ketiga-tiga lagu ini menggambarkan suasana rumahtangga kami seolah-olah kami berdua sudah membayangkan ‘perpisahan’, walaupun kami takut berpisah, tapi akhirnya terpaksa juga berpisah!” kata Norizan mengeluh kesal.
Sambil menyusun lagunya, P. Ramlee menyatakan pada Noorizan, “Kalau aku takada nanti, lagu-lagu inilah sebagai pengganti dan menjadi kenangan dalam hidupmu!”
“Segala peristiwa suka duka yang saya alami selama hidup di samping P. Ramlee tetap menjadi kenangan, sampai sekarang kadangkala saya teringat-ingat seolah-olah semuanya itu baru saja berlaku, entahlah!” kata Norizan menghela nafas panjang.
Baca juga: Pelik polis selalu sentuh belakang kereta yang ditahan. Ada SOP ke? Rupa-rupanya ada sebab