Berpoligami dalam Islam adalah dibenarkan dan selaras dengan agama. Namun demikian, ini tidak memberi kebebasan kepada suami-suami untuk berkahwin tanpa pertimbangan yang matang.
Mereka perlu memikirkan dengan bijak kerana tanggungjawab berkahwin lebih dari satu melibatkan aspek kewangan dan juga keadilan. Jika tidak, mereka akan melakukan dosa besar.
Ramai yang memberi alasan isteri tidak lagi cantik seperti anak dara. Semua ini adalah alasan dalam mencari sebab hanya untuk berkahwin lagi.
Namun ada beberapa alasan yang logik yang menyebabkan suami dapat berkahwin lagi. Ini antara alasannya.
Alasan terbaik suami bagi untuk berpoligami:
1. Isteri tidak boleh mengandung
Tidak semua wanita dan isteri bernasib baik untuk mengandung. Walaupun sudah bertemu dengan pakar sakit puan namun masih tiada rezeki untuk mengandung maka perlulah wanita dan isteri ini redha dengan ketentuan Allah.
Para suami kerap menggunakan alasan untuk berkahwin dua kerana mahukan zuriat. Diharapkan para isteri menerima takdir dan redha dengan kemahuan suami.
2. Isteri sakit dan hilang upaya
Tiada sesiapa yang mahukan dirinya ditimpa sakit yang berlarutan atau penyakit yang tidak sembuh-sembuh.
Namun jika isteri jatuh sakit, para suami pasti harus kembali bekerja untuk mencari nafkah. Ini menyebabkan mereka menggunakan alasan untuk berkahwin lagi supaya pasangan baru dinikahi dapat menjaga isteri yang sakit dan anak di rumah.
3. Tidak penuhi kemahuan suami
Suami cenderung berkahwin lagi satu kerana isteri tidak lagi memenuhi keperluannya. Jangan fikir ia tak logik. Ramai isteri redha apabila suaminya berkahwin lagi kerana tidak mampu untuk melayan nafsu kuda suami.