Jika ibu adalah syurga bagi anak-anak, maka bapa pula adalah kunci kepada syurga itu.
Itulah yang sebaiknya diperkatakan kepada kedua ibu bapa kita yang telah melahirkan dan menjaga tanpa meminta balasan.
Tular di laman sosial Facebook, tiga kanak-kanak yang juga adik beradik kelihatan begitu gembira kerana dapat pulang dari persekolahan dengan lebih awal.
Namun yang tidak mereka ketahui, alasan mereka dapat pulang ke rumah adalah kerana bapanya dikatakan telah meninggal dunia akibat serangan jantung.
Rata-rata pengguna media sosial turut mendoakan agar kanak-kanak tersebut kuat dan dapat membesar menjadi manusia yang berguna.
Ada juga pengguna yang turut menceritakan pengalaman ketika di sekolah dan menerima ‘kejutan’ sebegitu rupa.
Tidak kurang juga seorang guru turut berkongsi pengalaman dalam melalui kisah seperti ini.
Menurut Rafidah Rasidi, pengalaman tersebut sentiasa menyedihkan hatinya apabila terpaksa membuka berita itu kepada anak murid.
“saya cikgu..selalu sgt lalui moment mcm ni.berkecai hati nak-nak kalau kita ajar anak tu..sy ngajar darjah 1 selalu..diorg ni manja lg..”
“Insya Allah anak yatim ni membesar sebagai pejuang,walaupun hidupnya xsenang tapi sentiasa dalam lindungan Allah“
Hantaran tersebut kini telah dikongsi sebanyak 968 dan juga disukai oleh 13.3k orang.
Baca juga: Melopong tengok harga roti Gardenia tahun 2003, netizen kata “penemuan bersejarah”