Tiga beranak maut, kemalangan babit tiga kenderaan

  • Post author:

Tiga beranak maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, Sabtu lalu. Mangsa yang maut di tempat kejadian adalah seorang ibu manakala anak dan cucu maut di hospital.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.19 petang.

“Kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 serta seramai enam orang mangsa.

“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan dengan dua daripada mangsa Siti Fatimah Ladri, 71, dan Nor Haliza Hamzah, 36, tersepit di tempat duduk,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kumar, pihak bomba mengeluarkan dua mangsa terbabit dengan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Selain itu, dua lagi mangsa di dalam Perodua Myvi berkenaan, Harunarashid Ghazali, 34, dan anak lelakinya, Aarish Ammar, 2, yang merupakan suami dan anak kepada Nor Haliza Hamzah cedera dan dihantar ke Hospital Tangkak di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, siasatan awal mendapati kenderaan Myvi berwarna gelap dinaiki mangsa maut dirempuh dari arah bertentangan oleh dua kenderaan tersebut lapor Kosmo.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua tahun yang parah telah dibawa ke Hospital Daerah Tangkak (HDT) untuk rawatan lanjut.

“Malangnya mangsa meninggal dunia pada pukul 5 petang semalam yang merupakan anak dan cucu kepada mangsa maut di tempat kejadian.”

Baca Juga: Remaja perempuan ditemui maut tersangkut di celah batu

Baca Juga: Ramai nak jimat kos, makan pun cuma dua kali sehari, doktor ini beritahu kesan buruk bila dah masuk 40an nanti