Tular di media sosial Indonesia menunjukan tiga ekor buaya secara tiba-tiba telah muncul dari dalam tanah.
Memetik Tribun News, kemunculan tiga ekor buaya dari dalam tanah itu telah menggemparkan penduduk sekitar.
Dipercayai, tanah simen itu telah dihubungkan dengan sungai atau tasik yang berada di bahagian bawahnya.
Berdasarkan video rakaman tersebut, simen itu kelihatan seperti lorong kepada sebuah jalanan.
Kemunculan buaya itu telah membuatkan penduduk teruja dan panik dalam masa yang sama.
Mereka juga didengar menjerit sambil ketawa apabila seekor buaya cuba menghampiri mereka.
Seekor buaya dewasa telah muncul dari dalam tanah apabila seorang petugas dibantu penduduk melakukan proses penangkapan ketiga-tiga ekor buaya tersebut.
Buaya-buaya itu muncul dari tanah selepas petugas mengalihkan permukaan plaster simen yang tebal.
Proses evakuasi tiga ekor buaya yang muncul secara tiba-tiba itu menjadi tular setelah ia dimuat naik oleh akaun @mksinfo.official pada Rabu, semalam.
Seorang netizen berkata bahawa kejadian itu dipercayai berlaku di kampungnya yang terletak di Pararang, Indonesia.
Dalam video muat naik itu lagi, beberapa petugas berbaju oren dilihat cuba menangkap seekor buaya yang keluar dari jalan konkrit yang rosak tersebut.
Seorang petugas dilihat cuba menangkap buaya itu dengan peralatan khusus untuk memerangkap mulutnya.
Namun, ketika dia hampir berjaya menangkap buaya tersebut, ternyata masih ada dua ekor lagi yang muncul dari dalam tanah berkenaan.
Kedua-dua ekor buaya itu cuba keluar dari tanah apabila para petugas tidak berjaga-jaga dengan buaya pertama tadi.
Menyedari keadaannya yang terancam, buaya itu kelihatan bertindak ganas dan membuka mulutnya dengan luas.
Buaya bersaiz sederhana itu hampir menyerang penduduk yang berkumpul di sekitar tapak penemuan tersebut.
Sehingga kini, masih tidak diketahui bagaimana tiga ekor buaya itu boleh bertahan hidup di bawah simen tebal dalam keadaan yang kering dan tidak berair.
Baca juga: Gempar!!! Hampir 100 kakitangan akhbar The Star dibuang kerja