Tiga minggu cirit birit, rupa-rupanya ada cacing parasit hidup dalam otak

Seorang doktor di Australia menemui penemuan pertama di dunia apabila menemukan cacing parasit dalam otak seorang wanita.

Dalam satu kajian terbaru yang diterbitkan pada hari Selasa, penyelidik dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra telah menjelaskan penemuan mengenai parasit cacing gelang tersebut.

Cacing gelang Ophidascaris robertsi yang ditemui dalam otak wanita berumur 64 tahun itu dalam sebuah pembedahan menjelaskan cacing itu hanya ditemui dalam ular sawa.

Pesakit itu ditempatkan di hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu cirit birit namun pada 2022 pesakit itu mula menunjukkan ciri-ciri kealpaan dan kemurungan.

Seorang pakar bedah dari Hospital Canberra mula mengenal pasti lobus hadapan kanan otaknya melalui imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI).

Hipotesis mengatakan pesakit tersebut mungkin menyentuh atau memakan rumput yang telah dijangkiti parasit dari ular sawa dan kini pesakit masih di bawah pemantauan.

Baca juga: Ini rupanya cara mudah halau semut hurung gula, memang berkesan