Tiga sebab kenapa kulit muka lelaki lebih cantik berbanding wanita

Tiga sebab kenapa kulit muka lelaki lebih cantik berbanding wanita. Umum tahu betapa susahnya dan berapa langkah yang di ambil oleh wanita untuk menjaga kulit.

Tidak dinafikan ramai wanita yang cemburu dengan kelebihan yang dimiliki oleh kaum lelaki terutamanya soal kulit wajah.

Usaha yang diperlukan lelaki tidaklah seperti wanita yang lebih banyak langkah penjagaan muka. Lelaki juga jarang mempunyai kesan muka rosak dan kulit sensitif.

Menurut Maskulin, ini adalah tiga kelebihan kulit muka lelaki berbanding wanita:

Hormon Lelaki Pengaruhi Keadaan Kulit

Kulit manusia secara asasnya dipengaruhi oleh hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala estrogen mempengaruhi kulit wanita.

Lebih Banyak Kolagen Berbanding Wanita

Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak berbanding wanita. Kulit lelaki 20% lebih tebal dan anjal serta tahan kepada kerosakan matahari. Sebab tu penampilan seorang lelaki lambat tua berbanding wanita.

Manakala, wanita lebih menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia.

Kulit semakin tebal

Walau bagaiamanapun, semakin berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.

Walaupun sudah terbukti yang kulit wanita lebih mudah terjejas kerana keadaan fizikal semula jadinya, asalkan anda rajin menjaga dan membelainya dengan seleksi penjagaan intensif, ia pasti akan sihat dan kekal cantik.

Baca Juga: Ini adalah 5 risiko yang anda akan hadapi jika tidur selepas sahur

Baca Juga: Benarkan ePemula digunakan atas talian, banyak keperluan pelajar boleh dibeli