Isu TikTok Shop tutup menjadi mimpi negeri buat peniaga-peniaga kecil di negara ini berikutan ianya telah ditutup di Indonesia.
Sejauhmana TikTok Shop di Malaysia akan ikut jejak langkah negara jiran itu.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dia menerima aduan daripada orang ramai yang melahirkan kebimbangan mengenai tindakan itu, sambil menambah beberapa kedai besar turut membangkitkan isu persaingan harga produk yang dijual melalui platform itu.
“Ramai rakyat Malaysia menggunakan platform TikTok Shop untuk menjual barangan. Jadi, saya akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan kementerian meneliti asas tindakan yang diambil oleh kerajaan Indonesia.
“Saya rasa TikTok perlu tampil dan menjelaskan kerana salah satu sebab TikTok Shop diharamkan di Indonesia adalah kerana isu harga pemangsa yang mengancam usahawan tempatan di sana,” katanya.
Beliau menjelaskan isu perlindungan data peribadi, yang menjadi kebimbangan orang ramai apabila mereka membeli-belah di platform Tiktok Shop itu.
“Jadi, ada beberapa isu yang perlu diteliti oleh kementerian dan SKMM terutama dalam aspek kepenggunaan atau perlindungan data peribadi. Saya akan menghubungi TikTok tidak lama lagi untuk membincangkan (isu),” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.
Fahmi berkata perbincangan itu penting kerana kementerian juga menerima aduan daripada organisasi media mengenai penggunaan media sosial yang menjejaskan operasi mereka.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas program gotong-royong di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau di Pantai Dalam, lapor Bernama.
Pada Isnin, Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan berkata larangan itu bertujuan menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan serta mewujudkan ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat dan bermanfaat.
Baca juga: Bukan setakat hantar bungkusan abang kurier alihkan pantung mainan kerana hujan nak turun, dipuji