Tim. Menteri PAS dakwa kenaikan harga barang kita tidak seteruk negara lain

Kadar kenaikan harga barang tidak seteruk negara lain .Kadar kenaikan harga barangan di negara ini tidak seteruk seperti banyak negara lain termasuk sesetengah negara Arab yang mengalami kenaikan mendadak sehingga tiga kali ganda.

Memetik laporan utusan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan berusaha menstabilkan harga barangan keperluan asas dengan memperuntukan subsidi yang besar.

“Kalau dahulu di Mesir misalnya harga 100 pound (bagi sesuatu barang), harga sekarang naik mencecah 300 pound. Dalam negara kita Alhamdulillah kerajaan telah pun meluluskan peruntukkan yang sangat besar untuk disubsidikan kepada beberapa barangan keperluan asas.

“Terutama sekali pertanian seperti harga baja, racun dan makanan ternakan haiwan seperti kambing, lembu, ayam dan sebagainya,” katanya selepas melawat Projek Kelompok Tanaman Nanas Parit Ghani di Simpang Renggam, hari ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, isu kenaikan harga barang bukan sahaja berlaku di negara ini malah di seluruh dunia akibat wabak Covid-19.

sumber : Info Rakyat