Timbul dakwaan kerajaan tidak mampu beri gaji lebih, ini respon tegas Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi jaminan bahawa kerajaan mempunyai kemampuan kewangan untuk melaksanakan pelarasan gaji penjawat awam pada 1 Disember tahun hadapan.

Beliau yang turut menggalas jawatan sebagai Menteri Kewangan turut mempunyai cadangan bagi memberi ganjaran yang adil pada semua penjawat awam.

Meskipun ramai yang berpendapat tindakan tersebut merupakan tidak masuk akal pada keadaan ekonomi sekarang, namun ianya sudah diambil kira dari segala aspek.

“Kita tidak menghalang kadang-kadang orang yang cakap dari mana kita (kerajaan) nak cari wang. Saya tidak berhasrat menjawab itu semua.

“Kita buat itu dan apabila kita umum, itu selepas kerja dasar dilakukan. Kita tahu dari mana kewangannya dan kita tahu hasilnya berapa serta dari mana sumber kewangannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Baca juga: Waris ‘bengang’ tanah kubur dipindah tanpa pantauan, projek ECRL bakal ditangguh lagi?