Tip untuk memandu redah banjir, jangan sama sekali buat 1 perkara ini kalau tak mahu ‘tersangkut’

Cuaca pada masa ini yang tidak menentu dengan petang lazimnya dibadai hujan lebat malah ribut menyaksikan perlunya pemandu mahir mengendalikan kenderaan apa lagi ketika banjir.

Tular satu rakaman video yang dikongsikan di Facebook memaparkan bagaimana tegarnya seorang pemandu kereta meredah banjir.

Kejadian dipercayai berlaku di China itu bagaimanapun menyaksikan kereta tersebut ‘tersangkut’ di tengah laluan yang digenangi bah lantaran kesilapan teknik pemandu terbabit.

Dia mulanya dilihat agak laju meredah banjir dan paling mengejutkan, dia tekan brek yang merupakan satu tindakan yang sangat tidak patut dilakukan.

Ikuti tip untuk memandu meredah banjir seperti dikongsikan Muhamad Fakri ini:

Tutup aircond. Buka cermin tingkap. Buka lock kereta. Turun gear rendah.

Kalau auto, jangan pakai D. Pakai L atau 3 ikut model kereta. Ada 4×4, pasang siap-siap.

Kalau tiada 4×4 pun tak mengapa.

Tekan minyak slow & steady. Jangan laju sangat, jangan slow sangat.

Paling penting, jangan sesekali tekan brek.

Target lurus saja jalan. Sekali brek, memang sangkutlah kereta.

Pastikan untuk kedalaman, air tak tenggelam habis tayar.

Kalau air tu, lebih dari tayar, jangan sesekali cuba kalau kereta standard.

Lainlah kalau lebih tayar ni, 4×4 modified bolehlah redah.

BACA JUGA Pas dakwa dosa terampun dengan sebab kemenangan Islam, tutup premis judi jika menang