Pada waktu malam adalah untuk badan kita berehat secukup-cukupnya iaitu mendapatkan tidur yang cukup selama lapan jam sehari bagi badan narmal.
Tapi ramai dalam kalangan kita tidak cukup tidur kerana beberapa penyakit ataupun insomnia iaitu masalah tidur yang paling kerap dialami dibawah kategori kecelaruan tidur.
Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau “merehatkan minda” buat melebihi beberapa minit setiap kali.
Berdasarkan pemantauan klinikal dan kehidupan seharian, memang berlaku peningkatan ketara kes insomnia di Malaysia.
Tidur bukan hanya untuk rehat kerana tidur memberikan pelbagai faedah kepada tubuh berbanding sekadar merehatkan badan. Masalahnya ialah kita tidak mengutamakan tidur yang berkualiti.
Ada video yang tular baru-baru ini, Ustaz Mokhtar Yaakob ada mencerita kisah yang berlaku kepadanya tidak lama dahulu, kisahnya seorang makcik yang tidak boleh tidur lebih dua tiga malam.
Kemudian katanya makcik itu pergi berjumpa dengan doktor lalu memberinya nasihat supaya dia ke masjid nescaya akan tertidur.
“Makcik ni tak boleh tidur dua tiga malam dah, doktor cakap mudah saja makcik pergi masjid pergi dengar orang mengajar ‘jenero’ (tertidur) selalu.
“Makcik pergiah waktu bila-bila tak kisah…makcik akan tertidur,” kata doktor itu.
Bagaimanapun makcik sempat cakap dengan doktor jangan gurau macam ni, lalu makcik merajuk akan ke klinik yang lain.
Semasa pulang makcik berfikir apa yang doktor cakap, takkanlah nak bergurau dengan aku lalu bagitahu si suami. Si suami cakap ada benarnya sebegaimana kata doktor itu.
Bahkan si suami itu pula orang yang boleh dikatankan rajin ke masjid lalu ia mengiyakan apa saranan doktor itu.
Kemudian makcik itu pun try pergi masjid tidak lama kemudian makcik itu tidur siap dengkur bagai. Balik ke rumah makcik itu mengakui kata-kata doktor itu.
Menurut Ustaz Mokhtar kenapa orang ramai boleh tertidur ketika berada dalam masjid apatah lagi ketika mengajar?
Ituah bertapa nikmatnya duduk di masjid kerana kita berada di Raudah iaitu taman syurga. Majlis ilmu ini ialah taman syurga, Allah Taala tiup angin daripada syurga sebab itu kita terlena bila dengar orang mengajar.
Sudah merasai nikmat berada dalam syurga ketika berada dalam kuliah.
Adakah kita pernah lihat orang duduk di kedai kopi boleh tertidur, tak pernah dengar lagi. Semakin panas ada kerana apa kerana angin neraka akan bertiup tambah-tambah lagi ‘musim’ ini.
Berdasarkan komen para netizen turut mengakui apa yang dicakap oleh Ustaz Mokhtar itu malah ada yang mengiyakan.
“yolo doh tu ustaz oyk..g masjid maye jumaat xdei duo lekok dgr ore khutbah ngango mulut doh..kelik dumoh xsei ngango plp,”komen salah seorang netizen.
“Betul sgt tu ustaz…ambo pong gtu jgk…tp klu hbs kuliah…nyo tdok nk ngango n pejea mato plk…Allahu,” komen sorang lagi netizen.
Baca juga: Sebab apa telefon selalu kena restart paling kurang tiap minggu, ini sebabnya