Wanita ini sanggup menipu duit orang ramai sebanyak RM1.9 juta kerana kononya telah hidap kanser ovari, tetapi akhirnya beliau hanya membayar denda sebanyak RM26 saja.
Bahkan dia telah mengaut untung daripada derma orang ramai kerana mengadu dirinya memerlukan bantuan selepas menghidap kanser.
Menurut The Sun, Nicole Elkabbas, telah menjalani hukuman penjara dua tahun sembilan bulan pada tahun lalu selepas didapati bersalah menipu dalam kes pengumpulan dana atas talian yang kononnya bagi membiayai rawatan kansernya.
Dalam rayuan palsunya, wanita berkenaan perlu menjalani rawatan menyelamatkan nyawa untuk kanser ovari dengan berjaya mengumpul lebih £52,000 (RM280,739).
Guna duit untuk bercuti dan berjudi
Dia membelanjakan wang tunai tersebut dengan menikmati percutian mewah di luar negara dan memenuhi ketagihannya terhadap aktiviti perjudian.
Sejak penahanan Elkabbas, penyiasat kes mendedahkan dia berjaya mendapatkan wang terkumpul sebanyak £360,000 (RM1.9 juta) melalui eksploitasi jenayahnya.
Bagaimanapun, mahkamah menetapkan Elkabbas hanya perlu membayar £5 dalam tempoh 28 hari akan datang kerana tidak mempunyai aset atau apa-apa prospek realistik bagi membayar balik jumlah keseluruhan.
Hakim Mark Weekes berkata, penipuan yang dilakukan adalah licik dan manipulatif.
Beliau turut menyifatkan tindakan Elkabbas sebagai satu penghinaan terhadap mereka yang benar-benar berjuang untuk melawan penyakit maut itu.
Baca juga: Dengan jual salinan nota tangan saja di Shopee, wanita ini raih untung bersih RM1.59 juta