Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan status selaku ‘raja bola sepak moden Malaysia’ selepas jadikan Selangor FC lauk 6-1 semalam
Pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil membariskan kesebelasan terbaik dengan Ronnie Fernandez, Yohandry Orozco dan Alvin Fortes mengetuai jentera serangan.
JDT kendalian Hector Bidoglio pula menggunakan formasi 3-6-1 dalam usaha menyerang kubu Merah Kuning sejurus wisel permulaan ditiupkan.
Usaha Harimau Selatan membuahkan hasil apabila berjaya membuka akaun jaringan hasil sepakan percuma menarik yang dilakukan oleh Juan Muniz pada minit ke-25.
Momentum cemerlang JDT berterusan apabila Arif Aiman Hanapi menggandakan kelebihan 2-0 pada minit ke-42 untuk meletakkan juara bertahan selesa di depan.
Sehinggalah tamat perlawanan dengan kejayaan 6-1.
Namun yang lebih mencuri tumpuan adalah komen pemilik JDT sendiri apabila membuat hantaran ini selepas menang.
Ringkas sahaja reaksi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim selepas kelab berkenaan memenangi Piala FA menewaskan Selangor FC.
“No comment (tiada komen),” tulis Tunku Ismail ringkas dalam hantaran di akaun media sosial baginda.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor turut berkongsi hantaran bertulis “Why comment? Just win baby…”
Terdahulu, JDT mengundang tanda tanya dalam kalangan wartawan sukan apabila pembantu jurulatih Jose Lopez dan pemain pertahanan Junior Estdal hanya menjawab ‘tiada komen’ dalam sidang akhbar pra perlawanan, kelmarin.
Baca: Mewarisi kecantikan ibunya, wajah terkini Puteri Amirah anak Sultan Brunei buat ramai terpegun