Tok Imam keliru nak nikahkan pasangan sebab nama ayah sama. Ini yang terjadi kepada pasangan yang ingin menikah sebelum raya.
Pastinya ramai pasangan kekasih yang ingin menghalalkan hubungan sebelum tibanya hari raya agar dapt menyambut perayaan kali ini bersama.
Begitulah juga peluang yang diambil sepasang pengantin baru ini, namun ia mengelirukan imam yang ingin menikahkan mereka disebakan pasangan ini mempunyai nama bapa yang sama.
Tapi lain pula kisah pernikahan di antara pasangan suami isteri yang bernama Nurul dan Muhyidin ini.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita tersebut mendedahkan urusan akad nikahnya malah sempat beberapa kali diragui oleh imam yang bertugas.
Lihat video di sini – tiktok nurul.soya
Semuanya gara-gara bapa mereka berdua mempunyai nama yang sama iaitu Che Ahmad.
“Imam tanya mak, call ayah. Tanya lagi sebelum akad nikah”‘ tulisnya di kapsyen.
Gara-gara risau jika pasangan tersebut adalah adik beradik, imam berkenaan beberapa kali bertanya pada si ibu dan juga menelefon bapanya supaya dapat melakukan pengesahan.
Setelah betul-betul yakin mereka tidak mempunyai ikatan keluarga barulah akhirnya urusan itu dapat berjalan dengan lancar.
“Ni kalau keluar sama-sama time bujang mesti tak kena tangkap…Dia punya jodoh tu nama sama, muka pun sama”, tulis salah seorang netizen di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan perkongsian berkenaan dan menyifatkan ia sesuatu yang cukup jarang berlaku.
Dalam pada itu, ramai juga memuji tindakan imam yang berhati-hati dan menjalankan tugas yang baik sebelum dengan senangnya memberikan kebenaran dalam urusan akad nikah.
Baca Juga: Natasha Hudson kahwin kali kelima, minta doa agar hubungan kali ini berkekalan
Baca Juga: Pemimpin DAP tak lepas peluang beri sumbangan bantuan Ramadan