Total Loss! Tak sampai sehari angkat dari kedai, GTR milik Bos Muiz Chicken remuk kemalangan

Tular di laman sosial tiktok yang dikongsi oleh ABG.TESLA keadaan kereta yang remuk teruk akibat kemalangan dipercayai di Jalan Paloh.

“Muiz Hot Chicken baru keluar beberapa jam je kereta GTR dia dah accident guys”.

Kereta yang dipercayai milik usahawan terkenal Muhamad Muizzudin atau dikenali sebagai Muiz Hot Chicken itu juga baru beberapa jam dikeluarkan.

“Mungkin belum masanya untuk dia pakai. Allah bagi sekejap je”

@abg.tesla

Replying to @อะหมัด เตาฟิก Betul.. Mari kita doakan semoga owner tabah untuk hadapi ujian ni 🤲🏼 #abgtesla #fyp #gtrr35 #muizhotchicken

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Kenderaan itu juga baru sahaja digunakan selama 6 jam sebelum kemalangan bersama isterinya namun keduanya ditemui selamat.

Pemilik video meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan mangsa kemalangan yang kini dipercayai sedang bersedih atas keadaan yang menimpa beliau.

“Kita doakan perniagaan dia supaya dapat terus maju dan bantu lebih ramai orang”.

“Dia nak bawa balik untuk bagi staf-staf dia untuk lebih bersemangat tapi tidak kesampaian”.

Didoakan pemilik kenderaan dapat menerima musibah yang menimpa dan sihat seperti sediakala insyallah.

Baca juga: Muhyiddin kini jadi penternak ayam