Tragedi berkelah ragut dua nyawa, lapan dikhuatiri lemas dibawa arus kepala air

Seorang wanita dan kanak kanak lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan kepala air pada ahad lepas di Jeram Mawar, Kampung Air Putih.

Turut dikhuatiri lemas adalah lapan ahli keluarga yang lain yang masih belum ditemukan sehingga hari ini.

Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertama telah ditemukan masing-masing pada jam 12.45 tengah hari pada Ahad.

Mangsa lemas dikenali sebagai Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

“Mayat pertama iaitu seorang wanita ditemui orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut, Pasir Gajah, Kemaman manakala mayat kedua iaitu seorang lelaki ditemui di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

“Pemantauan di lokasi kejadian menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hasil siasatan mendapati tiada perlakuan jenayah dan sebarang kesan terhadap kedua-dua mayat.

“Mangsa didapati lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Baca juga: Ada yang check-in macam homestay, sekeluarga pelawa orang awam guna tandas secara ‘percuma’ ketika kesesakan teruk