“Tragedi Kapal Selam Titan dan The Simpsons: Ramalan atau Kebetulan?”

Tular di laman sosial Tiktok berkenaan kartun The Simpsons yang menyerupai insiden kapal selam Titan.

Bagi yang tidak mengetahui, kapal selam Titan membawa lima orang hartawan untuk menyulusuri bangkai kapal mewah Titanic pada minggu lalu namun dilaporkan hilang ahad lalu.

Namun, malang menimpa mereka kerana sisa kapal selam Titan ditemui berhampiran Titanic lalu mengesahkan desas desus yang mengatakan kapal itu telah hancur berkecai di dalam lautan dalam.

Betul ke The Simpsons ‘ramal’ tragedi kapal selam Titan?

@seriouslah.my

Kapal selam yang hilang adalah satu kebetulan ?! Viral tentang sebuah kapal yang hilang mempunyai kebetulan di dalam sebuah kartun the simpson , kebetulan ini bukan saja sekali dua terlalu banyak . Apa pendapat anda ? #kapal #selam #hilang #di #lautan #atlantik #antlatiqueocean #usa #viral #dunia #fyp #fypmalaysia #CapCut #konspirasi #kebetulan #thesimpsons

♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Sketsa The Simpsons itu memaparkan Homer yang pergi ke sebuah ekspedisi bersama bapa kandungnya lalu mereka mencari harta karun di kapal “Piso Mojado”.

Malang menimpa apabila Homer dilihat tersekat di dalam kapalnya dan paras oksigen yang makin menurun lalu pengsan seketika.

Homer kemudiannya tersedar selepas tiga hari diselamatkan dan berada di hospital.

Walaupun sketsa ini tidak seratus peratus sama namun ramai yang mengaitkan kisah itu dengan dua beranak hartawan dari Pakistan yang menyertai ekspedisi kapal selam Titan itu.

Penulis The Simpsons sudah tiga kali turun ke dasar laut dengan OceanGate

Apa yang menariknya, penulis dan penerbit sketsa The Simpsons memberitahu di laman twitternya yang dia sudah tiga kali menyertai ekspedisi bersama Ocean Gate.

Salah satu ekspedisi yang disertainya adalah dengan melawat bangkai kapal Titanic itu pada musim panas lepas dengan menaiki kapal selam tersebut.

Tambah Mike lagi, para penumpang kapal selam berkenaan juga dikehendaki menandatangani dokumen penepian (waiver) yang menyebut perkataan ‘mati’ sebanyak tiga kali pada muka surat pertama.

Anda rasa ianya hanya kebetulan atau ramalan?

Baca juga: “Gaji RM42,000 sebulan, rupanya kerja bagi nama bayi je”