Seorang kanak-kanak Nigeria berusia 9 tahun menjadi tumpuan media global kerana gaya hidupnya yang mewah, dan dia digelar sebagai ‘jutawan termuda di dunia’.
Muhammed Awal Mustapha, lebih dikenali sebagai Mompha Junior, mempamerkan gaya hidup mewahnya melalui akaun Instagram peribadinya.
Pada usia enam tahun, Mompha Junior sudah memiliki rumah pertamanya serta mengembara ke seluruh dunia menggunakan jet peribadi, mempunyai beberapa rumah agam lain dan koleksi kereta mewah yang hebat.
Dia juga sering memakai pakaian berjenama seperti Versace dan Gucci sambil berdiri di sisi ‘supercar’ mewahnya.
Dia juga sering berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan dirinya menikmati hidangan di dalam jet peribadi.
Berasal dari Lagos, Nigeria, Mompha Junior adalah anak kepada jutawan yang juga selebriti internet, Ismailia Mustapha.
Jutawan muda itu kini mempunyai seramai 29,800 pengikut di akaun Instagramnya. Apa yang mengejutkan dia juga mendapat hadiah rumah agam pertamanya daripada bapanya pada usia enam tahun.
“Saya memberi jaminan kepada kamu bahawa selepas menjalani jatuh bangun dalam kehidupan, kamu mempunyai tempat untuk dituju. Sebuah tempat yang tidak akan menghakimi kamu dan sentiasa menjemput kamu dengan tangan terbuka.
“Tahniah anakku, atas hadiah rumah baharu buat kamu. Ini merupakan hadiah hari lahir daripada ayah,” tulis Ismailia dalam satu hantaran di media sosial.