Seorang remaja lelaki lelaki di negeri Massachusetts meninggal selepas menyertai trend ‘One Chip Challenge’.
Harris Wolobah, 14, meninggal dunia pada 1 September lalu pada hari yang sama dia menjamah kerepek paling pedas di dunia itu.
Dia yang diberikan kerepek itu oleh rakannya kemudian mengadu sakit perut dan ibunya dipanggil ke sekolah.
Wolobah beransur pulih selepas pulang ke rumah namun pengsan pada jam 4.30 petang ketika mahu bermain bola keranjang.
Seorang anggota polis, Sean Murtha, menyatakan bahawa budak lelaki tersebut tidak sedarkan diri dan tidak bernafas. Budak lelaki itu kemudian dibawa ke hospital sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia.
Harris adalah remaja pertama yang meninggal selepas menyertai trend itu namun lebih ramai lagi remaja yang memerlukan bantuan.
‘One Chip Challenge’ adalah suatu strategi pemasaran di mana satu keping cip tortilla dipasarkan sebagai yang paling pedas di dunia.