Tuah ayam di kaki tuah manusia siapa tahu-Liyana penerima scroll UiTM yang ke sejuta, bawa balik motorsikal Modenas

Tuah ayam di kaki tuah manusia siapa tahu itulah pepatah Melayu yang sama dengan kedudukan Nur Liyana Athirah Izani yang merupakan penerima scroll yang ke sejuta di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Beliau merupakan graduan dan individu bertuah apabila dinobatkan sebagai penerima skrol ke satu juta sekaligus membawa pulang hadiah cermin mata daripada La Calisto Sdn. Bhd.(RM1,500), penginapan di Grand Swiss-Belhotel Melaka (3 Hari 2 Malam) dan tiket Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Dalam istiadat konvokesyen UiTM ke-97 itu, Nur Liyana Athirah diberikan tepukan gemuruh dan mendapat standing avation selepas namanya diumumkan sebagai penerima skrol tersebut.

Majlis penyampaian skrol tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd Janor dan ia juga termasuk dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).

Penganugerahan ini diperakui oleh Malaysia Book of Records apabila penerima skrol ke sejuta, Saudari Nur Liyana Athirah Izani dari Fakulti Sains Gunaan menerima skrol dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-97.

Sementara itu, penerima scroll menandakan bahawa jumlah skrol yang dikeluarkan oleh UiTM adalah sebanyak 1,003, 241

Suatu angka yang boleh dibanggakan kerana ia mencerminkan bahawa UiTM telah menggerakkan misinya dengan tepat untuk menjuarai pembangunan bumiputera profesional menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

Difahamkan, Nur Liyana Athirah Izani merupakan graduan dalam Diploma Sains Kepujian Teknologi Marin turut membawa pulang sebuah motosikal jenis Modenas Karisma 125S.

Lebih menarik, Nur Liyana juga bakal menerima tajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Untuk makluman, Istiadat konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang ke-97 berlangsung pada 5 Ogos hingga 15 September 2023.

Baca juga: Bertindak nekad isteri potong zakar kecewa dengan suami, bayar ganti rugi RM167k