Apabila sebut tentang perniagaan atau bekerja sendiri, pasti kita tahu akan ada naik turun dalam perniagaan kerana ia tidak mudah dilakukan namun akan memberikan pulangan yang lumayan.
Sama juga apabila kita menjadi host kepada sesebuah rumah tumpangan atau homestay, pasti akan diuji dengan pelanggan yang teruk.
Tular di media sosial perkongsian seorang superhost Airbnb yang berkongsi beberapa keping gambar sebelum dan selepas disewa oleh seorang wanita cantik ini.
Kredit: Facebook
Wanita tersebut telah menyewa selama tiga bulan dan sebagai host, adalah tanggungjawab beliau untuk menyediakan khidmat pembersihan sekali dalam sebulan.
Namun alangkah terkejut apabila pada hari checkout, keadaan rumah bagai tidak pernah dibersihkan.
Ia berikutan keadaan rumah yang penuh sampah, pinggan tidak dibasuh, sinki penuh sisa makanan dan tuala wanita yang menjijikkan.
Atas sebab itu, Superhost iaitu Irwan Nurul telah menghubungi pihak Airbnb untuk meminta claim supaya dapat melakukan pembersihan ke atas rumah beliau.
Oleh kerana penyewa tidak mahu bertanggungjawab, maka Airbnb membuat bayaran bagi pihaknya kerana mereka dilindungi insuran dari Airbnb dengan syarat menyerahkan bukti.
Irwan juga menerima pembayaran itu dengan hanya menunggu selama empat jam bagi permintaannya diproses.
Baca juga: “Luruh jantung dapat tahu anak dara sendiri ‘main’ dengan suami orang, aku jaga dia tiap malam..”