Tuan pun naik hairan, rumah kayu 100 tahun masih utuh berdiri

Rumah kayu berusia 100 tahun yang telah dibeli oleh pasangan ini masih utuh berdiri biarpun bandar Lahaina musnah, hingga pemiliknya sendiri hairan bagaimana ia boleh berlaku.

Difahamkan, pemilik rumah berbumbung merah itu dalam perjalanan ke Massachusetts ketika mendapat tahu berita kebakaran itu.

Milikan dan isterinya itu juga menyangka keseluruhan kawasan kejiranan musnah dalam kebakaran bertuahnya dia daripada rakaman udara keesokan hari menunjukkan rumah mereka masih utuh.

Sebelim itu tular gambar di laman sosial menunjukkan ‘keajaiban’ apabila sebuah rumah tidak terjejas walaupun kawasan kejiranan di sekelilingnya musnah akibat kebakaran di Maui dekat Hawaii, Amerika Syarikat (AS).

BBC melaporkan, rumah kayu berusia 100 tahun di Front Street itu masih utuh berdiri biarpun bandar Lahaina musnah

Berdasarkan laporan BBC, pasangan itu membeli kediaman berusia 100 tahun itu yang pernah menjadi penempatan kakitangan sebuah ladang gula.

Menurut pasangan berkenaan, rumah itu rosak, jadi mereka berusaha untuk membaik pulihnya.

Mereka memberitahu media tempatan yang pengubahsuaian dilakukan menyelamatkan rumah berkenaan.

Antara inisiatif dilakukan adalah menukar bumbung asfalt dengan bahan diperbuat daripada sejenis logam, meletakkan batu sungai di sekeliling rumah dan membuang tumbuhan di sekitar kediaman itu.

Kebakaran itu memusnahkan sebahagian besar bandar Maui yang bersejarah iaitu Lahaina dan dianggap sebagai bencana alam terburuk dalam sejarah Hawaii.

Baca juga: “Dress bukan pakaian kita itulah dipilih juri”, bapa pertikai ilmu juri