Menyakitkan hati bila bau busuk yang keluar dari sinki tak hilang hilang. Pelbagai cara dilakukan seperti menuang air panas dan cuka namun masih juga berdegil.
Bau dari sinki ini jika tidak diatasi, mungkin meresap ke seluruh bilik dan akan menggangu dengan bau di seluruh rumah, khususnya jika dapur terbuka ke ruang tamu.
Menurut Aina Narina, bau busuk dari sinki disebabkan oleh minyak, lemak, dan sisa makanan yang masuk ke dalam lubang saluran sinki. Semua bahan ini bertimbun di dalam paip saluran dan menghasilkan aroma yang tidak menyenangkan, serupa dengan bau telur busuk.
Tips mudah ini memang menjadi kegemaran Aida namun masih ramai yang tidak menyedarinya. Jika terdapat bau yang tidak menyenangkan, boleh mencuba kaedah ini. Sinki anda pasti bersih dan tanpa bau busuk yang datang kembali.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan baking soda
- 2 cawan cuka putih
- Air panas menggelegak
Sediakan baking soda dan cuka. Taburkan satu cawan baking soda di atas lubang sinki.
Tuangkan dua cawan cuka putih ke atas baking soda tadi. Jangan terkejut jika berlaku pembentukan buih, kerana ini menandakan tindak balas sedang berlaku di dalam sinki untuk menguraikan lemak dan minyak yang sudah sebati.
Tutup sinki selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air panas mendidih sebanyak yang mungkin.
Perah juga sedikit lemon untuk bau yang lebih menyegarkan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Penat netizen ucap tahniah, rupanya Michelle Yeoh sambut cucu!