Tuduhan fitnah yang dibuat oleh Mondy Tato baru-baru ini telah memaksa pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew tampil membuat laporan polis.
Ebit Lew tampil memaklumkan bahawa dia sudah pun membuat laporan polis berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya.
Melalui Instagram, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan bin Ibrahim Lew Baru yang baru sahaha sampai dari Jeddah 12 malam tadi terus ke balai polis buat report mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.
Beliau yang mengenakan baju berona putih hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8) bagi membuat laporan mengenai isu tersebut.
Menurut Ebit, dia ia akan menyerahkan segala urusan kepada pihak polis dan pihak guamannya untuk melakukan siasatan dan tindakan selanjutnya.
“Saya serahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,”tulis beliau.
Baru-baru ini, wanita bertatu dari Indonesia iaitu Mondy Tato tampil membuat pendedahan yang agak mengejutkan ketika menjadi tetamu bagi sesi podcast yang dikendalikan penyanyi rap, Caprice.
Antara pengakuan yang dibuat Mondy ialah dia mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual terhadap penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew yang pernah ‘menyelamatkannya’ sewaktu di Indonesia beberapa bulan yang lalu.
Baca juga: Nak rumah bersih daripada tahi cicak gunalah lampu kuning, ini sebab-sebabnya