Tujuh sebab anda tidak boleh tengking anak

Tujuh sebab anda tidak boleh tengking anak. Sudah menjadi lumrah apabila anda terlalu degil, pastinya ibu bapa akan meninggikan suara untuk memastikan anak berhenti daripada menjerit atau memberontak.

Di bawah merupakan 7 sebab kenapa anda tidak boleh menengking anak berdasarkan satu kajian universiti di Yogyakarta Indonesia.

1. Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak Anak

Tengkingan atau meninggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak waktu itu juga.

Akan tetapi sebaliknya, dengan 1 pujian, kehangatan pelukan dan kasih sayang maka akan membangun dengan sangat baik kecerdasan seorang anak yang membuat perkembangan otak anak yang sangat cepat.

Hasil penelitian dari seorang yang bernama Lise Gliot, dia berkesimpulan bahawa fasa anak yang masih dalam pertumbuhan, terutama pada masa “golden age” iaitu pada umur 2-3 tahun. Suara yang hanya cenderung untuk marah, maka akan menjadi masalah pada anak.

Bahaya, apabila hal tersebut dilakukan secara kerap bahkan tidak terkawal, maka berpotensi besar untuk mengganggu struktur otak anak itu sendiri.

2. Menengking Boleh Lemahkan Jantung Anak

Menurut DR Godeliva Maria Silvia Merry, M.Si, pengajar di UKDW, Yogyakarta, dia menjelaskan bahawa denyut nadi seseorang dapat berubah-ubah bergantung kepada suara yang didengar.

Anak-anak yang sering dimarahi oleh ibu bapa boleh mengakibatkan jantung anak anda menjadi abnormal dan menjadi cepat letih. Ia adalah sama bahaya dengan mendengar musik vberirama cepat.

3. Anak Mudah Emosi (Marah, Nangis, Mengamuk)

Ketika sering dimarahi, anak akan meniru hal yang “diterimanya” itu dalam kehidupan sehari-harinya.

Anak akan membesar menjadi seorang yang panas baran dan sukar mengedalikan emosi mereka. secara amnya mereka membesar seperti ibu bapa mereka.

4. Tahap Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Menurun

Memarahi anak di depan kawan-kawannya, akan membuatkan anak anda terasa seperti anda memalukan mereka dan menjatuhkan maruah mereka di hadapan kawan-kawannya.

Hal ini akan menyebabkan kepercayaan anak anda kepada anda berkurangan. Hasilnya segala nasihat dari orang tua nantinya hanya dianggap tidak serius oleh anak.

5. Anak Menjadi Tertekan

Memarahi dan menengking anak pada fasa remaja juga merupakan hal yang tidak baik. Remaja berusia 13 tahun yang sering dimarahi oleh orang tuanya memperlihatkan lebih banyak gejala tekanan perasaan dibandingkan dengan teman seumurnya yang tidak mengalami hal kurang baik itu.

Permasalahan seperti ini dikemukakan sebuah kajian baru yang diterbitkan di jurnal Child Development.

Salah satu isu disebutkan, iaitu sebenarnya orang tua “berniat baik” untuk memperbaiki perilaku anak remaja, tetapi dengan cara dimarahi, dihina dan dibentak oleh orang tua, maka hal ini justeru membuat perilaku remaja menjadi bertambah buruk.

6. Kesukaran Menjadi Pendengar Yang Baik

Ketika orang tua berbicara dengan nada tinggi atau membentak, justeru dapat mengakibatkan anak terganggu perkembangannya dan mengalami gangguan pendengaran.

Selain masalah pendengaran, juga masalah hati yang “terluka” kerana anak menerima perlakuan buruk, maka anak akan kesukaran untuk membesar menjadi pendengar yang baik.

7. Anak Kurang Keyakinan Kerana Takut Salah

Anak yang sering dibentak dan dimarahi, apalagi dimarahi secara membabi buta, maka boleh berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu aktiviti.

Hal itu kerana di dalam jiwa anak tertanam perasaan takut salah kerana sering dimarah. Sehingga anak akan memencilkan diri dan kesukaran untuk melakukan aktiviti.

Terdapat banyak lagi langkah yang anda boleh ambil untuk mendisiplinkan anak anda, meninggi suara bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian dalam mendidik mereka,

Baca Juga: Wanita kongsi cara kawal anak daripada mengamuk

Baca Juga: Dana awam tidak wajar biaya rumah terbuka kementerian, agensi