Masih ramai sebenarnya berhati mulia dan tidak memandang nilai wang semata, malah ada yang sanggup memulangkan barangan bernilai dijumpai.
Bukan senang nak jumpa orang jujur, apatah lagi dalam keadaan ekonomi yang memaksa untuk melakukan hal tidak sepatutnya.
Buat tukang cuci ini, dia memilih untuk amanah dalam melakukan kerja sehingga dia dipuji kerana memulangkan berlian yang dilaporkan hilang.
Kejadian dikatakan berlaku di lapangan terbang Can Tho, selatan Vietnam lapor portal berita VNExpress.
Seorang penumpang melaporkan kehilangan berlian selebar 8.85 milimeter dan berharga 550 juta dong (RM105,977) pada 18 November lalu.
Pihak berkuasa lapangan terbang itu kemudian menghantar pasukan untuk mencari berlian tersebut tetapi tidak berjaya.
Keesokan harinya, ketika tukang cuci berkenaan, Vo Thi Thuy Dung, sedang melakukan kerja-kerjanya.
Vo dikatakan terlihat berlian itu tersangkut di satu sudut jejantas penumpang menuju ke pesawat.
Dia mengambilnya lalu segera melaporkan perkara itu kepada unit berkaitan sebelum berlian tersebut diserahkan semula kepada pemiliknya.
Berlian tersebut dipulangkan dan diletakkan dalam satu kotak kecik barangan kemas berwarna merah.