Tukang paip terkejut terjumpa dua ketulan tulang dipercayai kepala babi dari sebuah tangki rumah yang nak dibaikinya.
Berdasarkan klip video yang tular di laman media sosial itu, ketulan tulang babi itu kelihatan di dasar tangki selepas air dikeringkan.
“Lihat ini ,tangki air rumah orang di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kesian orang (tuan rumah), ada sifat dengki macam itulah, tak ingat dosa ke? Dosa lakukan begini sebab tangki air ini tuan rumah guna untuk mandi, ambil wuduk, gosok gigi dan kegunaan lain, kesian tuan rumah,” kata lelaki tersebut
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna simpati dengan nasib yang menimpa tuan rumah yang selama ini menggunakan air daripada bangkai haiwan yang haram.
“Ini semua manusia yang tak takut mati, tak takut azab neraka, lagi-lagi bangsa sendiri ada sifat dengki sesama bangsa,”tulis Ijamjalut Ijamjalut.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai John Davie.
“Dia ingat dia menang kalau buat macam itu. Padahal orang muslim sikit pun tak dosa kalau dah terpakai air itu tanpa sengaja tapi dia esok kena balasan Allah,” katanya.
Baca: Nama Faisal Halim muncul trending, ramai maki hamun pihak yang aniaya pemain bola sepak hebat ini