Tiada pasangan di dunia yang mahu berkahwin dan bercerai dalam masa yang singkat.
Sebagai manusia biasa, kita pasti akan berusaha sebaik mungkin untuk mengekalkan keharmonian keluarga dari dikacau anasir luar.
Demikian juga mesej yang disampaikan oleh seorang tukang urut batin bernama Amir menerusi video yang dikongsi di media sosial.
Dia turut meminta pasangan yang sudah berzina supaya cepat cepat bertaubat sebelum melangkah ke alam perkahwinan.
“Kalau awak sudah pernah berzina dengan pasangan dan nak berkahwin dengan dia. Ini pesanan saya. Tolong dengar nasihat saya.
“Saya sudah pernah jumpa beberapa kes sedemikian. Apa saya boleh nasihatkan adalah tolong bertaubat. Sebab apa… kamu berdua daripada nak bawa perkara haram kepada yang halal.
“Perkara yang halal ni… anda tak akan rasa keberkatannya kalau sudah biasa buat benda yang haram,” ujarnya dalam video berkenaan.
Amir menceritakan kesan yang terjadi pada perkahwinan dipercayai diketahui daripada individu-individu yang diurutnya.
“Pertama, suami atau isteri akan buat hal dengan curang. Kemudian yang kedua adalah mereka ni asyik bergaduh.
“Yang ketiga, tempoh perkahwinan mereka tak akan lama. Yang keempat adalah hilang nafsu dekat pasangan.
“Jadi kalau anda sudah pernah berzina, kedua-dua orang itu tolong bertaubat. Tak boleh salah satu sama ada perempuan sahaja atau lelaki sahaja (bertaubat) untuk membawa keberkatan dalam perkahwinan,” ujarnya lagi.”
Baca juga: Jemaah haji merungut depan Kaabah, sekelip mata Allah ‘tarik’ suami hilang ketika tawaf