Seorang bekas pengikut Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) menyatakan bahawa mereka dikehendaki memberikan pelbagai barangan yang bernilai kepada pemimpin mereka atas dasar agama.
Mengikut laman facebook Persatuan Pertahankan Hak Kami dari GISBH, individu itu telah memberikan tanah berekar-ekar atas dasar mahu mengejar kejayaan di akhirat.
“Teringat lagi duit duit yang dikutip dari ahli jemaah untuk tabung taqwa untuk projek islam konon nya. Pemimpin bermewah mewah. Kami yg tidak pemimpin anak anak tak cukup makan kelaparan.”
“Dulu waktu kami beri pada jemaah GISBH tanah berekar ekar. Rumah beratus rubu juta . Anak isteri. Untuk tujuan agama. Semua sigadaikan. “
Individu itu menyelar sikap pemimpin GISBH disebabkan kumpulan itu membeli mesin memproses mee yang dikatakan berharga hampir RM140 ribu dengan cara bayaran tunai.
Individu yang tidak bernama itu juga menyatakan bahawa kumpulan ini adalah golongan penunggang agama dan kerana itu merekrut anak-anak sedari muda lagi.
Sebelum ini, tular berita mengenai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal kendalian kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.
Hasil siasatan mendapati kegiatan yang dilakukan di 20 rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) adalah mangsa diajar dan dididik cara meliwat dan seterusnya mangsa diliwat oleh penjaga dan dipaksa untuk meliwat penghuni kanak-kanak lain.
Baca juga: Lelaki kongsi pengalaman makan di restoran Global Ikhwan, “Kedai lauk campur je tapi macam restoran 5 star”