Tular fakta didakwa siasatan kes bunuh Zayn Rayyan, pelaku adalah ibu bapa sendiri?

Tular di laman sosial Facebook berkaitan sebuah hantaran yang didakwa merupakan fakta siasatan kes pembunuhan kanak-kanak malang Zayn Rayyan.

Hantaran yang menyerupai seperti fakta-fakta sepanjang dakwaan itu ditularkan oleh Edisi Siasat.

“Pembunuh sebenar Rayyan adalah ibu dan bapa kanak kanak tu.”

“B1 adalah bapa dan ibunya adalah B2.”

Hantaran tersebut turut mendakwa pelaku sebenar adalah kedua ibu bapa kanak-kanak itu iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf.

Tangkap layar itu juga menggunakan singkatan B1 yang ditujukan untuk Zaim Ikhwan dan B2 Ismanira Abdul Manaf.

Namun apa yang mengejutkan, pengguna media sosial itu turut mendakwa kedua ibu dan bapa Zayn Rayyan sempat menyembunyikan dan melupuskan bukti sepanjang siasatan berlangsung iaitu selama 6 bulan.

“Korang tahu apa kesilapan terbesar dalam kes ni?”

“Tidak ditangkap lebih awal dan B1/B2 ada masa yg panjang untuk lupuskan semua bukti dan sekarang dah terlambat !!”

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Julai ini.

Semalam, ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Baca juga: Lelaki jalan kaki 3 jam dari Beranang ke Kajang, cari bantuan makanan buat netizen sebak