Tak bayar lagi, peniaga dah bagi duit baki siap-siap.
Hari ini tular mengenai satu siaran “Khabarnya kat Melaka sekarang ada promosi nasi lemak bajet. Beli nasi lemak 1 tapau dapat percuma sekeping duit RM 50. Hawau betul orang Melakau.” di sebuah halaman Facebook.
Dikhabarkan ada pihak yang menawarkan nasi lemak secara percuma. Yang anehnya, bukan sahaja nasi lemak yang dapat, tapi siap dapat bakinya sekali.
Program berkenaan dipercayai diadakan oleh sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka akan diadakan pada 20 November ini.
Tidak pasti program berkenaan dianjurkan dari parti mana, tetapi yang jelasnya program terbabit seolah-olah menawarkan rasuah secara terbuka kepada rakyat di Melaka bagi meraih undi dari penduduk di kawasan tersebut supaya mengundi parti politik berkenaan.
Tak bayar lagi, peniaga dah bagi duit baki siap-siap
Meninjau komen dari netizen, ada yang menulis, “Ini bukan rasuah, ini cuma program. Jangan salah faham yerr.”
Ada juga yang menulis, ” Ini dinamakan berniaga sambil beramal.. Harap esok ada tambahan percuma bendera PN sekali..”
Orang ramai berharap agar pihak berkuasa dapat memantau keadaan seperti ini supaya tidak mendatangkan salah faham di masa yang akan datang yang boleh mencemarkan imej politik di dalam negara.
sumber :