Tular hantaran dakwa polis tak terima laporan Farah Kartini hilang sebelum 24 jam

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. berkenaan orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan meraih kecaman dari orang ramai.

Ia berikutan rakan kepada Nur Farah Kartini mendakwa dirinya telah berulang alik selama 2 kali ke balai polis untuk melaporkan kehilangan namun ditolak oleh pegawai polis yang bertugas.

“Menurut Syuhaida Soleh, laporan ke balai polis telah dibuat 2 kali, tetapi diminta balik kerana belum cukup 24 jam (atau mungkin kerana tiada bukti mangsa diculik, juga tiada laporan dari ahli keluarga mangsa).”

Hantaran yang tular ketika mangsa belum ditemui itu turut mendedahkan bagaimana rakan-rakan mangsa mencari dan menularkan maklumat berkenaan Nur Farah Kartini.

Menurut hantaran itu, lokasi terakhir mangsa dikatakan berada di Gua Musang.

Hantaran tersebut dikongsi lebih 15,000k dan meraih 697 komen.

Nur Farah Kartini, 25 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang akhirnya ditemui mati dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang. 

Mayatnya dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit yang sunyi dan dipercayai dibunuh oleh teman lelaki yang juga seorang anggota polis di Balai Polis Slim River.

Baca juga: Bekas murid dedah mesej terakhir Farah Kartini, terkejut nasihat jadi kenyataan -“Manusia mudah berubah”