Tular individu dakwa banyak kilang besar China ‘gulung tikar’, beri amaran ekonomi Malaysia makin merudum

Seorang individu yang menggunakan nama Hilmi Isa memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia bakal merudum untuk satu tempoh masa yang panjang.

Menggunakan laman sosial Facebook, Hilmi turut menunjukkan rakaman video yang mendedahkan ratusan pekerja kilang yang didakwa sudah dibuang kerja.

“Kilang besar seperti Jinko pun bungkus.”

Menurutnya, kilang yang berskala besar dan berjenama dari China ini turut diuji hingga operasinya ditutup dek kerana kekangan ekonomi Malaysia.

“Pelabur tak akan masuk dah. Yang ada pun berbondong-bondong keluar. Mereka tak percaya dengan sistem Malaysia yang sangat KORUP & LEMAH.”

“Sebab tu saya pesan kepada isteri saya beberapa tahun lepas. Berjimat-jimatlah, biar CASH RESERVE kita banyak. Future kita tahu.”

Hilmi turut mendakwa ramai pelabur tidak mahu melabur ke Malaysia malahan banyak kilang yang sedia ada disini turut menutup operasi mereka kerana terlalu banyak rasuah.

Individu tersebut turut menitipkan nasihat dan menyeru kepada semua rakyat untuk menyimpan wang dan berjimat supaya mampu untuk meredah gelombang ekonomi yang bakal tiba.

Untuk info, Jinko merupakan sebuah kilang besar yang berasal dari China dan beroperasi untuk menghasilkan teknologi solar di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Baca juga: Tak perlu ke foodcourt! Resepi yee mee sizzling ini paling senang untuk anda cuba, janji tak menyesal