Tular kamera AES baru dipasang di seluruh negara, siap boleh berpusing 360 darjah lagi

Buat yang kuat melancong ke seluruh negeri, pasti tahu dimana kamera AES atau Sistem Penguatkuasaan Automatik yang dipasang di lebuhraya-lebuhraya yang digunakan.

Malahan, ada juga yang sudah menghafal lokasinya untuk mengelakkan dari disaman berikutan melebihi had laju yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini, tular berita mengatakan kamera AES yang lama telah pun ditukarkan ke kamera yang baru yang dinamakan AWAS.

Awas bermaksud Automated Awareness Safety System ini telah menggantikan yang lama disebabkan kerosakan teruk serta tidak lagi disokong oleh pengeluar.

Tujuan kamera AWAS ini masih lagi sama iaitu memantau had laju pengguna jalanraya, mencegah pelanggaran lampu merah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Namun apa yang menarik, tiang kamera AWAS ini berwarna hitam yang juga membuatkan ia kurang dilihat oleh pengguna jalanraya yang menyalahi undang-undang jalanraya.

AWAS turut dilengkapi dengan wifi hotspot dan juga pencahayaan bandar serta kamera yang berfungsi 360 darjah malahan dapat menangkap gambar beresolusi tinggi meski siang mahupun malam.

Baca juga: Video KSN berucap di masjid selepas dilantik tular, “Nama saya tak ada pun sebenarnya..”