Tular menantu YB Pas didakwa songlap duit derma, lakukan produk kurma sendiri

Sebuah laman sosial Facebook iaitu Scam No One mendedahkan Ustaz Basri menggunakan platform derma untuk melakukan kurma miliknya sendiri.

Ia berikutan wang infaq kurma yang diberikan orang ramai mencecah ratusan ringgit menggunakan platform Jom Derma.

Ustaz Basri juga didakwa menjadi pemegang saham terbesar pada platform itu serta pemilik kurma terkenal iaitu The Haramain.

Namun semakan mendapati laman facebook yang berkait dengan kurma The Haramain telah hilang jejak sejak dua-tiga hari lepas.

“Malam tadi, FB The Haramain masih boleh diakses. Namun hari ni kesemua media platform berkait dengan kurma The Haramain hilang dari dunia maya.”

“Rupanya, tawaran commission 20% oleh JD kepada influencer untuk kutip derma bukan sahaja bertujuan menarik perhatian awam, malah Basri ada muslihat untuk melariskan produk.”

Pemilik laman Scam No One turut mempersoalkan mengapa kurma The Haramain hanyalah satu-satunya kurma yang diberikan infaq dan berkait dengan derma ini.

Malahan individu itu turut bertanya berapa banyak infaq kurma yang telah diberikan kerana segala urusan audit serta bukti pemberian derma tidak didedahkan di laman facebook The Haramain.

Baca juga: “Aku terlanjur bercinta dengan anak sedara suami, dah 17 tahun kahwin baru diuji sampai macam ni”